Aveneu Park, Starling, Australia

Cara Etnik a) Institusi Pendidikan Institusi pendidikan memainkan peranan

Cara Mengatasi
Konflik, Prejudis Dan Diskriminasi Dalam Masyarakat Pelbagai Etnik

 

 

a)                 
Institusi Pendidikan

We Will Write a Custom Essay Specifically
For You For Only $13.90/page!


order now

Institusi pendidikan memainkan
peranan yang penting dalam menyatupadukan semua kaum di Malaysia. Polisi yang
diamalkan dalam institusi pendidikan di Malaysia dari masa dahulu hingga kini
membenarkan wujudnya sekolah-sekolah pelbagai aliran seperti sekolah jenis
kebangsaan, sekolah antarabangsa dan sekolah-sekolah agama atau tahfiz yang
kini semakin mendapat tempat dihati masyarakat Islam di Malaysia.
Sekolah-sekolah pelbagai aliran ini dilihat dapat memenuhi kehendak masyarakat
Malaysia yang berbilang kaum namun pada masa yang sama turut memberi kesan
kepada konflik perkauman di Malaysia jika tidak diselaraskan dengan baik.

Dalam hal ini, perlunya wujud satu
tindakan yang praktikal dalam membentuk pemikiran pelajar mengenai semangat
perpaduan sebagai masyarakat Malaysia walaupun mereka berada di sekolah yang
berlainan aliran. Antara tindakan yang boleh dilakukan adalah dengan menerapkan
kepentingan perpaduan dan nilai-nilai murni dalam proses pembelajaran dan
pengajaran secara lansung atau pun tidak lansung dengan lebih berkesan. Kajian
oleh Hazri et.al (2004) seperti yang terdapat dalam tulisan Nurliyana Kamilah
(2016) mengkaji tentang tahap interaksi sosial antara murid pelbagai etnik di
sekolah menengah. Dapatan kajian mendapat beberapa faktor seperti situasi,
latar belakang sosial, tahap keetnikan, prasangka murid dan juga polisi sekolah
mempengaruhi tahap interaksi sosial murid.

Oleh itu, melalui polisi yang
diwujudkan, institusi pendidikan mampu memberi pengaruh yang kuat berkaitan isu
etnik kepada para pelajar seperti melalui pengajaran mata pelajaran Pendidik
Sivik dan Kewarganegaraan serta Sejarah Malaysia dimana para pelajar diajar
betapa pentingnya perpaduan kepada rakyat Malaysia dan kesusahan
pemimpin-pemimpin dahulu yang terdiri daripada berbilang kaum menuntut
kemerdekaan yang dikecapi rakyat pada hari ini. Selain itu, para pelajar juga
perlu didedahkan kepada sejarah-sejarah buruk negara yang berlaku implikasi daripada
provokasi untuk memecahbelahkan masyarakat di Malaysia.

 

b)                
Interaksi
Dan Persefahaman Di Antara Kaum

 

Interaksi dan persefahaman antara
kaum perlu dipupuk lebih awal dikalangan rakyat Malaysia terutama di peringkat
sekolah rendah dan menengah. Oleh itu, apabila membincangkan persoalan
interaksi dan komunikasi, bahasa memainkan peranan utama dalam mengatasi
konflik dan prejudis antara etnik di Malaysia. Dalam hal ini, status bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlulah diperkasakan agar
kemahiran berkomunikasi dalam satu bahasa yang sama antara rakyat pelbagai kaum
di Malaysia ini dapat dipertingkatkan.         

Di dalam pelaksanaan dasar
pendidikan negara, menggunakan satu bahasa iaitu Bahasa Malaysia sebagai medium
komunikasi merupakan salah satu daripada usaha kerajaan dalam membentuk
pemahaman generasi muda iaitu pelajar mengenai perpaduan dan toleransi antara
kaum. Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa interaksi disekolah oleh
pelajar-pelajar yang mempunyai pelbagai latarbelakang seperti kaum India, Cina,
Bajau, Murut dan lain-lain dapat membantu menggalakkan mereka untuk memahami
antara satu dengan lain.

Perkara ini disokong dengan tulisan
Mohd Ghazali Abdullah (2009) seperti yang terdapat dalam kajian Salleh (2013)
dimana beliau menyatakan bahawa dasar pendidikan negara seperti yang termaktub
dalam Akta Pendidikan 1961 melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu sebagai medium
berkomunikasi dikalangan pelajar sekolah di seluruh negara dengan satu tujuan
iaitu meningkatkan perpaduan dikalangan pelajar yang berbilang kaum dan budaya
di Malaysia. Di setiap peringkat sekolah rendah dan menengah di dalam semua
jenis aliran sekolah diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu di dalam percakapan
dan juga tulisan.            

Pelaksanaan program-program
ko-kurrikulum seperti sukan, persatuan dan pakaian seragam yang melibatkan pelajar-pelajar
sekolah rendah dan menengah pelbagai aliran samaada di peringkat zon, daerah,
negeri atau di peringkat kebangsaan amat membantu dalam membentuk masyarakat
menggunakan bahasa yang sama iaitu Bahasa Malaysia ketika mereka terlibat dalam
pelbagai aktiviti ko-kurikulum tersebut. Kerjasama antara pelbagai aliran
sekolah dalam menjayakan program-program tahunan seperti pelbagai acara sukan,
sambutan hari perayaan dan lain-lain dapat membantu dalam mengatasi konflik
antara kaum di Malaysia.

 

c)                 
Kepelbagaian
Kaum

Malaysia sangat kaya dengan pelbagai
budaya yang berasal daripada pelbagai kaum yanghidup bersama sejak daripada
zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Setiap kaum bebas mengamalkan budaya,
agama dan cara hidup masing-masing. Perkaraa ini begitu banyak mempengaruhi kesepaduan
sosial di Malaysia sehingga ke hari ini. Oleh itu, kebudayaan juga adalah salah
satu elemen penting dalam usaha mengatasi konflik dan prejudis dalam masyarakat
pelbagai etnik di Malaysia. Di dalam buku bertajuk “Modul Hubungan Etnik”,
terdapat satu pendekatan yang dipanggil akomodasi dimana pendekatan ini
dilakukan dengan tujuan untuk memupuk masyarakat menghargai satu nilai dalam
kehidupan secara bersama-sama. Perkara ini selari dengan apa yang digariskan
dalam Rukun Negara dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.

Dalam hal ini, akomodasi menjadi
satu proses penting untuk menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum
(Syamsul Amri Baharuddin, 2008). Kepelbagaian budaya yang diamalkan masyarakat
Malaysia dalam kehidupam seharian seperti amalan budaya makanan misalnya yang
dikongsi secara bersama kini semakin diterima oleh masyarakat pelbagai kaum.
Roti canai, nasi lemak, lontong bukan hanya di makan oleh kaum Melayu. Makanan
seperti tosei, capati dan roti nan juga bukan sahaja dimakan oleh kaum India
malah kesemua makanan ini dimakan oleh sesiapa sahaja, bukan mengira Melayu,
Cina ataupun India.

Oleh itu, budaya makanan kini
sememangnya mempunyai pengaruh terhadap kesepaduan etnik di Malaysia. Kajian
oleh Zahir Zainudin (2014) menunjukkan bahawa elemen makanan kepada perpaduan
kaum membawa kepada perkara positif dimana makanan tradisi daripada pelbagai
bangsa ini menyumbang kepada tahap pemahaman dan perpaduan kaum di Malaysia.
Selain daripada makanan, budaya perayaan keagamaan turut memberikan pengaruh
yang positif kepada rakyat pelbagai etnik di Malaysia. Contoh budaya perayaan
keagamaan yang paling membawa manfaat kepada kesepaduan sosial dalam masyarakat
Malaysia hari ini adalah dengan wujudnya penganjuran rumah-rumah terbuka
seperti Hari Raya, Deepavali, Krismas dan Hari Raya Cina.

Dengan adanya perayaan yang boleh
diraikan secara bersama, setiap kaum atau agama yang berlainan mempunyai
peluang untuk mendalami dan memahami budaya dan agama kaum yang lain. Apabila
setiap masyarakat memaahami akan tradisi kaum lain, mereka akan lebih
menghormati adat dan kepercayaan sesama mereka. Selain itu, melalui penganjuran
rumah-rumah terbuka juga dapat mengeratkan ikatan silaturahim antara keluarga,
kawan-kawan dan juga jiran tetangga daripada pelbagai latarbelakang agama dan
kaum. Hal ini juga secara tidak langsung dapat menambah pengetahuan masyarakat
terhadap adat resam kaum yang lain dan dapat mengurangkan prasangka buruk yang
tidak bermanfaat kepada masyarakat.

 

d)                
Konsep
1 Malaysia

Kerajaan juga telah memperkenalkan
konsep 1 Malaysia yang kini menjadi satu perkataan keramat yang sinonim dalam
segenap lapisan masyarakat di Malaysia. Gagasan ini mendorong seluruh rakyat
Malaysia untuk hidup bersatupadu dan berpegang kepada prinsip 1 Malaysia
sebagai senjata utama untuk menghadapi pelbagai ancaman dan anasir dari luar
yang bertujuan menggugat kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia. Perkara
ini turut digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMKe-10), 2011-2015
dimana segala pelaksanaan dasar-dasar dilakukan dengan berpegang kepada prinsip
1Malaysia demi mewujudkan masyarakat yang adil dan saksama dengan perpaduan nasional
sebagai matlamat utama.

x

Hi!
I'm Darlene!

Would you like to get a custom essay? How about receiving a customized one?

Check it out